Friday, January 28, 2011

Main Tarik Tali


Main tarik tali, malu mahu memulakan
Luahan hati kita
Main tarik tali, masih menanti siapa
Mulakan dulu



Petang-petang macam ni rasa nak layan lagu Melayu la pulak. Ehhh.. Aku senanye tak suka lagu-lagu Melayu. Oppss.. Lagu Melayu aku tak shukew sebab kadang-kadang lagu Melayu ni terlalu membuatkan aku tangkap cintan dan tangkap leleh. Malas nak sapu air liur yang meleleh-leleh. Dan tah pape pulak lirik dia. Langsung takde motif. Kebanyakan pulak pasal cinta-cinta lah. Putus cinta. Jatuh cinta. Cinta tepuk sebelah tangan. Naik berbulu telinga aku ni.. ha ha ha. Sorry la kepada die hard fan lagu-lagu Melayu. Aku bukan tak dengar langsung. Aku dengar lagu M.Nasir. Aku dengar XPDC. Aku dengar Faizal Tahir. Tapi tak sekerap aku dengar 'dendam tujuh lipat', 'sjuk bermain', dan sape2 lagi lah. Eh.Eh.Eh. Bukan nak cakap pasal lagu la..Haiyya.


Ni nak cakap pasal Main Tarik Tali. He.He.He.


Bukan main tarik tali yang kat sukaneka sekolah tu. Bukan. Ni main tarik tali antara lelaki dan pompuan. Ade jugak main tarik tali antara lelaki dan lelaki. Perempuan dan perempaun. Tapi tak nak cite pasal tu. Aku nak cakap pasal main tarik tali antara laki ngan pompuan. Haduii... Maapla kalo korang rase terbelit-belit sikit. Takde mood nak post entry,

Definisi main tarik tali bagi aku:
Bagi aku la kan (kalo salah suke ati aku la..) Main tarik tali ni senanye satu tindakan bodoh yang dilakukan oleh dua orang individu yang tak berape cerdik dalam soal memahami hati dan perasaan masing-masing. Yang sengaja mengambil jalan susah atau jalan buntu dengan memendamkan persaan sebenar kepada orang yang dia suka atau sayang atau cinta. Euwwww..

Cuba jadi macam dia ni





Dia ni dah kalo suka kat orang dia bagitau siap-siap. Tak kisah la kene reject ke. Kene sepak ke. Kene terajang ke. Atleast dia da bagitau. Abis cita. Tutup cita.

Tapi dengan satu syarat mudah.
Muka korang mestilah tebal sekurang-kurangnye setebal pokok balak.

Ok?

Hahaha. Tak lawak. Tak lawak. Tak yah gelak.

Aku bukan ape la kan. Tak elok main tarik-tarik tali. Tak elok untuk kesihatan badan otak dan emosi korang.
Aku ade ramai kawan-kawan yang merana akibat main tarik tali nih. Kecewa toksah kate la kalo memasing melepas.

"Aku suka dia. Eh, dia suke aku ke tak eh? Em, dia dah ade orang lain kot. Macam mane nih. Adui." (pompuan)

Aku nampak dia macam ramai kawan laki je? Dia single lagi ke tak eh? Em, takpelah kalo dia suka aku mesti dia bagitau nanti (lelaki).

Akhirnya dua-dua melepas. Baru padan muka. Eh.Eh. Takde lah. Bukan padan muka. Memang takde jodoh. Ngeee...Pikir positif la sket.

Kesimpulan dia:
Kejohan Olahraga Tahunan kali ni aku nak masuk main tarik tali lagi memandangkan lemak-lemak sudah mula berkumpul menubuhkan satu team, elok lah aku daftarkan mereka-mereka sekali. HAHAHAHA, Yang ni pun tak lawak.

7 comments:

aina antaya said...

lemok byok mno kupo pah?? HAHAHA

Unknown said...

mu maen tarik tali nga aku la pah..

yang arif said...

aina:
buleh la sekilo ckup2..
haha

jijie:
waaa..
tokleh2..misti mu meney
mu key tuff..
muahahaha

aina antaya said...

eleh..
sekilo jah xyoh kecoh ah beb,..
HAHAHA

yang arif said...

hahaha..
tu baru berat lemok sekilo.
berat daging, berat tuley xkiro lagi.kah3

aina antaya said...

berat mu bapo loni?? hahaaa

yang arif said...

hehe..
lebih la sekilo..
kah kah kah