Tuesday, March 8, 2011

diari orang akhir minit



tempat: perpustakaan IPG Kampus Kota Bharu yang tak berapa nak sejuk sebab econ ade tapimacam takde...
masa dan keadaan: 9.30 pagi hujan lebat pastu renyai2 balik...
mood: tekun danbersungguh-sungguh...
harapan: tak nak kena tulah lagi



ye...aku lah orang akhir minit..sume benda aku akhir minit...minit-minit terakhir adalah minit yang sangat berharga untuk aku dan masa depan aku.....minit-minit terakhir membuatkan aku rasa akulah orang yang paling menghargai masa...yang tidak akan mensia-sia kan minit terakhir tu...sebab minit terakhir sangat akhir kerana dia berada di penghujung segala minit-minit awal yang telah berlalu dengan jayanya tanpa ada sebarang pengisian....okeh manusia...kenapa aku orang akhir minit? mengapakah minit terakhir amat sinonim dengan aku...kenapa minit akhir menjadi tajuk entry aku hari ni?


aku sangat menyampah sebab:


aku dengan tekun penuh bersemangat mengerah segala bala bentuk keringat supaya berusaha membasuh sebaldi penuh pakaian dari atas sampai kaki malam semalam di minit yang sangat awal...ye, biasaenya aku akan basuh baju pada malam hari rabu sebelum kamis aku balik rumah...tapi, akibat melanggar pantang larang "orang minit akhir" aku telah terkena tulah...tulah diraja kah? tidak...tulah "orang minit akhir"...alhamdulillah hujan membasahi baju-baju aku yang telah dibasuh secara tekun itu....alhamdulillah, hujan turun membasahi bumi memberi rahmat ke sekelian alam...alhamdulillah...hujan membuka mata aku supaya, JANGAN SESEKALI BASUH BAJU SEBELUM HARI RABU MALAMNYA.......ingat tu arifah...ingat...kamu adalah orang akhir minit.....:)


dan arifah....
esaimen TITAS tarikh hantarnya pagi besok...iaitu bersamaan pagi RABU....so, janganlah kamu tekun menyudahkannya pada minit terawal ini.....silalah tunggu malam ini, iaitu malam hari SELASA supaya tidak ditimpa tulah lagi.....sila patuh pada syarat "orang minit akhir"


tahniah..anda adalah "orang minit akhir" yang berjaya dan cun....
kah kah kah






pesanan budak chantek *chantek ke?: : ini adalah entry luahan rasa seorang budak (budak lagi ke?) yang suka tangguh-tangguh kerja,,padan muka dia....tapi nak buat macam mane, she'a a last minutes person.......now and always be.......


mardhiyah maidin sila terasa juga.............

1 comment:

Unknown said...

keno uboh tu pah mentaliti mu tu..