Sunday, May 6, 2012

Bukan Gunung yang Kami Tawan....


Bismillahirrahmanirrahim

Entri ini dicipta untuk menyimpan segala kenangan sepanjang mendaki Gunung Stong. Untuk diri sendiri dan juga untuk pembaca. Subhanallah, tiada kata lain yang dapat ku zahirkan kecuali ungkapan zikir memuji kebesaran Allah yang maha besar. Allahuakbar. Alhamdulillah kerana diberi pinjam penglihatan agar dapat ku menyaksikan keindahan alam yang dicipta untuk kita tanda kebesaran serta kemurahan Allah pemilik sekelian alam. Ucapan syukur berkali-kali tidak mungkin mampu menggambarkan kegembiraan hati ini. Bertahun ku menyimpan azam untuk ke Gunung Stong.  Alhamdulillah, permintaanku terkabul setelah sekian lamanya. Tidak pernah terfikir di dalam benak ini bahawa aku akan berjaya singgah di puncak Gunung Stong bersama teman-teman seperjuangan. Benarlah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.



"BUKAN PUNCAK YANG KAMI TAWAN, TETAPI DIRI SENDIRI"

Anak Muda Tawan Gunung Stong Beliawanis Siri 2 ini merupakan anjuran Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO kerajaan Negeri Kelantan di bawah kelolaan Setiausaha Negeri Kelantan. Aku mendapat sms kelayakan menyertai ekspidisi menawan Gunung Stong setelah lebih kurang seminggu menghantar borang permohonan. Alhamdulillah. tidak pernah terfikir aku akan terpilih. Tepat jam 11.30 pagi Khamis 3 Mei 2012 kami seramai 41 orang peserta dari pelbagai daerah berkumpul di Masjid SUK untuk mendengar taklimat susulan dari pihak penganjur.  Setelah mengerjakan solat sunat hajat berjemaah, YAB Dato' Haji Abdul Fattah B Hj Mahmood telah merasmikan majlis dan memberikan sepatah dua kata pembakar semgat kepada kami. Dengan laungan ALLAHUAKBAR beberapa kali, aku berharap pemergian kami mendapat restu dan redha dari Ilahi. Aku berangkat dengan jiwa yang besar. Namun, hati sedikit gugup memikirkan keadaan sepanjang kami berada di Gunung Stong nanti maklumlah ini pengalaman pertama aku mendaki puncak.

Kami tiba di kaki Gunung Stong sekitar pukul 3 petang dan terus bersiap diri untuk solat berjemaah jamak zohor dan asar. Seterusnya menikmati sedikit juadah sebelum meneruskan pendakian untuk ke Kem Baha, kem di mana kami akan tinggal selama 3 hari 2 malam.  Pendakian ke Kem Baha mengambil masa selama 2 jam. Kami berangkat sekitar jam 5.00 lebih. Aku dan kumpulan ku antara yang terakhir tiba di kem lebih kurang pukul 7.30 malam. Masa tu dah gelap, dan aku dah mula cuak.. Trek pendakiannya sangatlah berbatu, tambah pula dengan tanah licin. Hampir menangis aku dibuatnya. Beg pula berat, rasa nak campak ke bawah jer. Itulah pengalaman pendakian yang sungguh aku takkan lupa kot. Sampai sahaja ke Kem Baha aku sudah kepenatan, tapi ku gagahkan juga badan untuk menaikkan khemah pula. Gelap, meraba-raba dan hilang arah. Aku bersyukur kerana abang-abang pengiring sungguh baik hati dan tak pernah pun nak marah-marah kami. Selesai membersihkan diri di air terjun, kami terus bersolat jemaah maghrib dan isyak dan seterusnya solat sunat hajat. Selesai sedikit tazkirah dan taklimat kami terus berdengkur di dalam khemah untuk menanti hari esok yang mencabar. ;p


sunrise, 4 April 2012.....Baha's Camp Jelawang Jungle

Keesokan harinya, Jumaat 4 April 2012 kami solat subuh berjemaah dan sekali lagi diberi taklimat untuk meneruskan pendakian ke puncak Gunung Stong.  Sebelum itu, kami diberi peluang untuk menyaksikan matahari terbit. Subhanallah. Sungguh indah nian. Bila berada tinggi di atas , aku mampu melihat keindahan ciptaan Allah yang tiada di bawah.. Rasa macam nak stay je kat situ. Tapi, hidup ini banyak cabaran. Aku msti melangkan meninggalkan keindahan ini untuk mengecapi keindahan yang lain pula. Kan? 
Tepat pukul 8.32 pagi, kami memulakan pendakian untuk menawan Puncak Gunung Stong. Pendakian mengambil masa selama 5 jam. Penat mendaki dapat ku lepaskan dengan memandang kehijauan sekelilingku. Ditemani bunyi unggas, aliran air sungai, lotong sahut menyahut dan tak kurang juga lalat-lalat hutan yang riang terbang ke sana sini. Rama-rama juga indah. Aku hampir terleka dan dikejutkan oleh suara rakan sependakian untuk meneruskan perjalanan. Sungguh asyik.

Alhamdulillah. akhirnya tiba jua aku ke puncak Gunung Stong yang berketinggian 1422 meter. Hati tidak berhenti-henti meluahkan syukur. Penat aku berbayar. Biarpun bukan dengan duit, emas atau permata namun dengan kesempatan kaki ku memijak puncak gunung.



epadzz: : sambung esok pulak. penat ku tak abis lagi. hik3












No comments: