Wednesday, May 16, 2012

R is for Rindu...


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, habis 2nd paper...eh, rase macam dah abis exam pulak. Wakaka. :)
Time-time exam macam ni, banyak pulak kenangan datang menerjah. Sungguh menguji kekuatan. Dan Alhamdulillah, apabila teruji diri ini, terasa sangat disayangi pula oleh sang Pencipta. Mana tidaknya, untung aku diuji, tandanya Allah sedang rindu untuk mendengar rintihan hambanya yang kerdil macam aku ni. Teringat pula aku pada permintaan aku kepada Dia suatu masa dahulu. Iaitu, supaya mendatangkan ku ujian agar aku tidak terus leka dan lalai. Dia maha mendengar, sehingga hari ini aku terasa cukup teruji. Ah, jika ingin dibandingkan ujian aku dengan saudara Palestine dan Syria apalah sangat. Tapi, aku tetap ingin bersyukur di atas ujian kecil ini yang menjadi garis pandu untuk aku meneruskan langkah pada hari yang mendatang.

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

Iya..kali ini mahu saja bercakap tentang rindu. Sudah bosan membaca artikel tentang cinta yang kian berserabut di halaman muka buku yang di kongsi oleh kawan-kawan. Bukan apa, artikel-artikel berkenaan cinta itu sedikit sebanyak mendatangkan kelalaian jika terus terusan dilayan. Ah, buang masa, tapi itu juga ilmu, tapi bagi aku, berpadalah diambil mengikut keperluan. Banyak artikel yang mendedahkan kita tentang pelbagai ilmu lain, contoh ilmu akhir zaman. Sedar tak sedar, suka pula aku menghabiskan masa membaca artikel-artikel di page Dinar Emas. Banyak mensedarkan aku. Bukan berniat ingin obses, tapi sebagai panduan untuk hidup ini. Tapi apa salahnya jika obses pada ilmu akhir zaman?? hurrmm.. Eh, kembali pada topik rindu.

ignore the quote, i just love the picture.

Rindu ini terbukti ada banyak cabang salurannya. Sebenarnya hati ini sedang menanggung beban rindu yang membuak-buak. Bukan pada buah hati sebab aku tidak memiliki, tetapi kepada satu suasana. Suasana yang mungkin tidak akan kembali lagi. Suasana yang membuat diri ini suam bila mengenangkannya kembali. Suasana yang sudah jauh meninggalkan diri ini. Suasana yang mentarbiah. Suasana yang berkesan namun kesannya baru ku rasa hari ini dek kerana dulu tidak tahu menghargai. Suasana di SMKA NAIM LILBANAT.

Entah. Saban hari hati  makin pilu. Sedih kerana tidak memanfaatkan sepenuhnya masa selama 5 tahun berada di sana. Besar hasrat ayah dan umi menghantar aku ke sana. Untuk apa? Bukan sekadar belajar ilmu dunia dan memperoleh 12 A SPM semata.. Bukan. Bukan itu tuntutan utama mereka. Tapi. apakan daya, mindset ketika itu ke arah duniawi sahaja. Terbuang masa begitu sahaja. Cemburu melihat sahabat-sahabat lain yang terus mantap dan merekalah orang yang memanfaatkan ilmu dan menggunakan peluang dengan sebaiknya. Aku lah orang yang rugi itu. Sekarang baru terhegeh-hegeh ingin belajar semula. Eh, tapi aku takkan putus asa. Ilmu itu sentiasa ada. Tinggal aku jer yang kena rajin berusaha.

Sudah panjang aku agak. Semoga diri ini terus diberi kesempatan dan kelapangan untuk terus mencari ilmu. Perubahan bukan hanya pada pakaian sahaja. Dari seluar jeans kepada slack besar. Blouse tah pape kepada t-shirt mslimah. Tudung kecik kepada tudung besar.. Bukan itu sahaja. Ilmu mesti di upgrade. Tingkahlaku perlu di santunkan lagi. Bahasa perlu digarap biar elok berbicara. Menjaga ikhtilat juga penting. Banyak lagi lah epan. Biarlah orang nak kata ape. MATA MANUSIA ATAU PANDANGAN ALLAH. kau pilih satu.

Oh! Tidak lupa. Rindu juga kat Daneen Imani. :)



epadzz : : selagi ada rindu, rasa itu tetap ada



No comments: