Thursday, May 24, 2012

Says Him...


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, sampai juga aku ke hari ini. Last paper jap lagi. Apa-apa pun update blog dulu. Huhuhu. Aku tahu sebenarnya aku memang seorang yang suwit, tapi aku tak suka sangat bila orang cakap aku suwit. Dang! Lari topik terus.. hahaha. Okeylah. Semalam aku godek-godek laptop, telinga rasa nak dengar lagu klasik. Pastu jumpa la folder Uncle M.Nasir. Apa lagi. Tak tahu pulak nak dengar lagu mana, aku pun tekan je la Ctrl A, then copy kat playlist. Lagu first keluar, Yang Bertakhta Akhirnya. Dang! Memang memberi impak besar kat aku semalam lagu ni. Terus tangan jadi gatal g share status kat muka buku. Memanglah.

Uncle M. Nasir cakap macam ni:

Kita tak lagi sehaluan
Bukan sebagai yang diimpikan
Rupanya di saat-saat yang genting ini
Terjawab jua persoalan
Dan kita terpaksa memilih
Jalan yang telah ditentukan
Dan kita sama-sama dewasa menghadapinya


Part ni aku rilek-rilek lagi la kan. Biasalaaa. lagu.. sedikit sebanyak terkena juga dengan keadaan semasa seseorang pendengar. Hak hak hak. ;p

Pastu Uncle smbung lagi..

Kesan cinta membakar, menghempas, mencabar
Keteguhan hati dalam nostalgia
Cinta membakar, menghempas, mencabar
Dan harus ditelan walaupun pahit


Satu je aku nak cakap. Aku setuju giler dengan lirik ni. Harus ditelan walaupun pait. So, nak juga la aku pesan kat teman-teman yang sedang bermurung durja tu, telan je la..telan je..watpe lagi nak kemam kan.

Pastu tiba-tiba Uncle cakap macam ni pula

Tidaklah kita yang berkata
Cinta tak mesti bersatu
Apa benarkah itu
Atau kata-kata yang tak bermakna


Benar, semua orang yang bercinta mestilah nak bersama kan. Tapi, janganlah jadi buta sangat. Sila lah faham konsep jodoh yer. Eh, aku pun bukan pandai sangat, tapi bila sampai soal jodoh, aku memang tak suka nak komen. Bagi aku, jodoh dah Allah tetapkan, berusaha siapkan diri dan berdoa. Ini prinsip aku, dah takyah sibuk nak komen kalau tak setuju.

Dan mereka jua berkata
Tiada yang lebih pedih
Tiada yang lebih menyiksa
Dari cinta yang tak sampai



Haha. Ini siapa yang makan cili memang terasalah pedasnya. Pedih/Seksa ke kalau cinta tak kesampaian.?  Haishhh. Kena merasa dulu lah baru tau macam mana. Agagaga..

Dan akhirnya cinta jua yang bertakhta
Menyuluh dalam kegelapan
Dan akhirnya cinta jua yang bertakhta
Menyatukan kita dari terpisah
Oleh cinta palsu


Haaaaaaaaaaaa... ni lirik paling aku sukalah sangatnya. Betul kata uncle. Carilah cinta Ilahi jom, cinta lain akan menyusul nanti. Cinta Ilahi lah yang akan menyatukan mereka-mereka dari cinta palsu mainan syaitan itu. Percayalah..




Haha. Gila lah, banyak lagi aku tak baca ni. Sambung study la dulu. Apa-apa pun , entry ni hanya pandangan aku yang tak berapa nak matang lagi. Tapi, aku suka lagu ni lah. Babai COLDPLAY, tapi Fix You still the best lah....




epadzz: : takdak kena mengena dengan yang idup maupun yang dah takdak. :)

1 comment:

cahaya kemuliaanku said...

heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~~~XD