Friday, July 6, 2012

Bahagianya Aku...


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillahirabbil'alamiin...Minggu ni aku balik rumah setelah 2 minggu berada di rumah sewa yang serba kekurangan..haha.cehh, nak makan penampo betul. Tak bersyukur..Balik-balik semalam umi aku masak laksa penang fevret aku. Pastu pagi ni pulak ayah pergi beli durian, ape lagi, terus aku masak nasik pulut..makan pulut durian. Ko ade? Haiii..kalo macam ni..2 hari gained 2 kg..Aku tak kesah.. Best.Best.Best! Bahagianya aku.

Kata orang yang kaya, hidup mereka bahagia bila diorang buleh mintak duit banyak-banyak kat mummy daddy diorang pastu pergi shopping ngan member-member diorang. Nasiblah aku tak kaya, tak dapat merasa. Tapi tak bermakna aku tak bahagia.

Kata orang yang bercouple pulak, hidup mereka indah bila ada orang yang mencintai mereka sepenuh jiwa..erkk.Hidup terasa bagai di syurga bak kata Sofaz. Tak sabar nak tunggu hari esok..Hurmm.Best ke ehh? Nasiblah aku tak dapat merasa, tapi tak bermakna hidup aku tak indah.

Kata orang cerdik pandai pula, hidup mereka sangat mengujakan bila keputusan peperiksaan diorang awesome. 3.95 tu dalam tangan. Haiii, untunglah jadi orang cerdik pandai ni. Aku pun sebenarnya bukan tak pandai, cuma kejayaan tak kunjung tiba lagi. Sabar je lah.. Haaha. Walau resut aku tak mengujakan ia tak bermaksud hidup aku ni malang.

Kata orang banyak kawan pula, hidup mereka senang kerana sekeliling mereka adalah kawan. Tapi kan, dalam banyak-banyak kawan mereka itu, berapa ramai yang betul-betul berkawan kerana Allah, kerana agama. Ramai yang berkawan kerana dunia. Faham-fahamlah. Kat depan bukan main, kat belakang main-main. Tahla, kadang-kadang bahagia datang bila duduk berseorangan. Kadang-kadang je la.

Whatever it is. Family must come first.


Aku tak pernah merasakan hidup aku ni tak bahagia walaupun tak sekaya orang kaya, tak pernah juga rasa tak indah, seindah hidup orang bercouple, tak juga rasa malang walaupun result sentiasa tak gempak dan paling penting walaupun sahabat setia aku hanya beberapa orang aku tak pernah rasa kesusahan, sebab mereka sahabat, bukan kawan atau member.

Bahagia itu, merasa cukup dengan apa yang ada kan? Alhamdulillah. Aku ada keluarga yang sangat aku sayangi. :) . Inilah kebahagiaan aku.


epadzz: : sabar menunggu hari-hari esok. :)

No comments: