Tuesday, November 6, 2012

Alhamdulillah. Bahagia


Bismillahirrahmanirrahim

Aku yakin. kakak ku sedang menanti-nantikan entry terbaru aku.
Aku tau mereka memerhati aku dari jauh.
Hahahahaha. Hai, kakak dan abang..
Aku masih sama seperti dulu, cuma mungkin fikrah sedikit berkembang.
Yalah, dalam aku mencari betol, menolak salah, alhamdulillah adalah ilmu aku dapat.
Membantu diri keluar dari gelap. Membantu diri bangkit menjadi anak solehah,
adik mithali, muslimah solehah dan insyaAllah isteri solehah seterusnya ibu mithali..haha
Mohon tunjuk ajar. Mohon doa. Mohon teguran yang penuh hikmah.

"Hang bahagia tak dengan kehidupan hang sekarang?"

Tiba-tiba ja tadi sahabat aku sorang bertanya.
Amboi dia punya soalan memang subjektif.
Asalnya kami sedang membincang satu isu,
"Bahagiakan Orang Lain, Bahagiakan Diri Sendiri"
Sedang rancak sembang, tak semena-mena dia bertanya.
Aku senyum :)
Bagi peluang kat sahabat2 lain untuk jawab

"Apa sebenarnya kebahagiaan untuk hangpa? Hangpa dah bahagia ka? Hangpa rasa bahagia tu apa?

Dia tanya lagi. Dengan muka serius pulak. Aku diam.
Sorang lagi sahabat menjawab.

"Bila hati dah redha dengan semua ketentuan Allah, terima semua dengan hati terbuka, tak mengeluh, tu lah namanya bahagia bagi saya."

Simple ja.

"Hang dah dapat ke semua yang hang nak..?"

Aku mengambil peluang ni untuk menjawab persoalan yang mungkin dah lama terbuku di benaknya.

"Alhamdulillah, aku dah dapat semua yang aku nak dalam hidup aku. Dan Alhamdulillah juga untuk semua perkara yang tak pernah aku dapat dalam hidup ni. Bersyukur untuk kedua-duanya. InsyaAllah kita akan merasa cukup. Sangat cukup walaupun tak dapat macam orang lain dapat...Itulah kebahagiaan untuk aku..Lagipun apa yang aku dapat sudah sangat mencukupi, dan apa yang tak pernah aku dapat aku tak merasa rugi.."


IKAT NIKMAT DENGAN SYUKUR



Allah menjanjilkan kepada orang Mukmin untuk mengurniakan tambahan nikmat-Nya jika mereka mengikat nikmat tersebut dengan rasa penuh kesyukuran.

Firman Allah, maksudnya:

"Dan ingatlah ketika Tuhan kamu berfirman: Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan nikmat-Ku kepada kamu. Dan jika kamu mengingkarinya (kufur nikmat), sesunggnhnya azab-Ku amatlah pedih."

Surah Ibrahim (14:7)

Sumber: Majalah Solusi Isu No. 49

Maka oleh itu sahabat-sahabatku, bersyukurlah dengan setiap rezeki kerana rezeki merupakan kurniaan dari Allah s.w.t. Jadilah hamba yang tahu menghargai pemberian Pencipta. Janganlah sombong untuk tunduk dan patuh padaNya. Apa lagi yang kita cari kalau bukan keredhaanNya. Dan juga diingatkan. Bukan DUIT semata merupakan rezeki. Janganlah sangat mempertuhankan duit. Boleh jadi syirik tuuuu. 

Diakhiri dengan. Wallahua'lam. Semoga Alalh s.w.t. berikan taufiq dan hidayah, boleh kita amal dan sampaikan.


epadzz: : last paper.

No comments: