Tuesday, April 13, 2010

kata HATI~


dengan lafaz yang mulia...
bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum kawan, sahabat, teman seperjuangan...

"aku tiba2 merasa bimbang jika ada di antara kita yang menjadi seolah-olah GUNTING DALAM LIPATAN atau MUSuH DI DALAM SELIMUT...."
yang mencari peluang untuk mengambil kesempatan dalam hubungan persahabatan yang baru terbina sekali gus menjatuhkan sesama sendiri.....


tujuan aku menge"post" entri ini adalah untuk sentiasa mengingatkan diriku...dan
teman2..
agar selalu jujur dalam persahabatan...
nobody's perfect...
bukan ini alsannya untuk kita mengelak dari kesalahan...
walaupun kita tidak boleh menjadi seorang yg sempurna..
namun, kita masih mampu berusaha ke arahnya..

aku juga...
sebagai seorang manusia, khalifah di muka bumi ini..
seperti teman2 semua..
tidak pernah lari dari melakukan kesilapan..
besar ataupun kecil di mata teman2 semua,
itu tidak menjadi ukurannya..
sebaliknya,
sedaya mana kita berusaha untuk mengubah sesuatu kesilapan itu...
menjadi persoalan retorik..

tidak salah sekiranya kita merasa jengkel terhadap perlakuan seseorang yg sememangnya menyakitkan hati...
berpura2 ikhlas + caring + innocent + pandai cakap je...
bagi aku..
kawan seumpama ini ibarat "pisang yang buruk.."
dimakan isinya terasa masam..
dibuang juga terasa rugi...
walaupun seburuk mana kawan itu..
aku xpernah terniat untuk menyingkir terus mereka dari hidupku..
kerana aku yakin dan percaya...
tanpa kawan...hidup x kan berwarna warni...

suka.duka.pahit.manis.sedih.ketawa.menangis.
biarlah tetap bersama...
kerana kita sudah ditakdirkan untuk bertemu..
suatu hari nanti..
diminta mahupun tidak...
perpisahan psti menjemput kita...
jadi..
sementara ada waktu yang tersisa ini...
bersama2 lah kita memutar kembali memori semalam...
menjahit semua luka2 yang lalu dek terguris duri sengketa
untuk melenyapkan segala salah faham yg terukir oleh kata2 mahupun perlakuan yg tidak disengajakan....

ku harap..diriku akan menjadi seoarang
RAKAN.KAWAN.SAHABAT.TEMAN.
yang sejati....
amiiiin~



"aku kasihi sahabatku dgn segenap jiwaku.. sahabat yang baik adalah seiring dgnku dan menjaga nama baikku ktk aku hidup atau selepas aku mati. ku hulurkan tgn kpada sahabat ku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. aku selalu berharap mendapat shbt sejati yg tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. jika aku dapat aku ingin setia padanya...."
(IMAM SHAFIE)


1 comment:

rayyan wildan said...

hak seorang kwn:
jika engkau tdak mampu memberi bantuan kpadanya,
jganlah engkau memberikan kesusahan kepadanya...
jika engkau tidak mampu mengembirakannya,
jganlah pula engkau mendukacitakannya
jika engkau tdak mampu memujinya,
jganlah engkau mengejinya~