Saturday, July 16, 2011

guru terbaik...


dulu, 
bila dihadapkan dengan ujian berliku
terasa diriku lah orang yang paling malang
menangis meraung meminta simpati manusia
menuding jari menyalahkan Pencipta
sungguh bebal dan jahil saat itu..


sesungguhnya aku sangat lemah untuk memandang hakikat
apatah lagi untuk merasanya...



pengalaman mangajar aku mengenal perasaan

pengalaman mengajar aku menjadi seorang yang tahu.
tahu membezakan erti kasih, sayang dan cinta.

pengalaman mengajar aku bersyukur di atas segala apa 
yang telah dilalui

pengalaman mengajar aku menerima apa itu takdir

pengalaman juga mengajar aku senyum
kerana pengalaman mengajar aku bahawa
di sebalik kesulitan menghadapi hidup ini
pasti tersembunyi hikmah yang terindah

pengalaman adalah guru terbaik bagiku...
      
     -epadzz, 3.39 pm...16/7/2011




epadzz: : "hidup bukan untuk hidup, tapi hidup untuk Pencipta"





2 comments:

Unknown said...

ijazah terbaek..

nicksuhailee said...

sokong..pengalaman is evrythng..huu