Saturday, November 12, 2011

Orang yang Terasing




aku memerhati mereka di sana
hidup penuh KESERONOKAN
siang malam asyik bersuka ria
tidak jemu mencari hiburan
sedangkan aku TERASING di sini
tidak banyak yang menghibur diri
kerana aku lebih bimbang
dibuai kelalaian dunia

aku memerhati meraka di sana
hidup penuh KEGEMBIRAAN
sentiasa mengejar impian
menggapai cita-cita tinggi
sedangkan aku TERASING di sini
tidak punya keinginan tinggi
kerana aku lebih takut
matlamat akhirat tak pasti tercapai

aku memerhati mereka di sana
hidup penuh KESENANGAN
berlipat kemewahan 
berganda harta kekayaan
sedangkan aku TERASING di sini
tidak punya apa-apa
kerana aku lebih risau
amal ibadat tidak mencukupi

aku memerhati mereka di sana
hidup penuh KEBAHAGIAAN
menikmati indahnya hidup berteman
saling merindui dan mencintai
sedangkan aku TERASING di sini
hanya duduk bersendirian
kerana aku lebih khuatir
diri melanggar batas menjejak zina

aku memerhati mereka di sana
hidup penuh KEBANGGAN
mengena pelbagai hiasan diri
menarik perhatian ramai
sedangkan aku TERASING di sini
tiada sudi yang memandang
kerana aku lebih rela
membungkus diri melindungi maruah

ISLAM asing di zaman permulaannya
ISLAM kembali asing di zaman kemudiaanya
beruntunglah mereka menjadi asing
 by-salafussoleh

p/s:aku tak nak jadi cantik..aku nak jadi asing.


1 comment:

budak penjara said...

ada ape dengan cantik.. like