Thursday, January 19, 2012

Maaf jika ku melukaimu.

Bismillahirrahmanirrahim.


Sumpah tak sedap ati bila 'ter' marahkan kawan sendiri.

nak makan tak lalu
nak tidur tak lena
nak online  rase rimas
nak solat tak tenang

mesti kawan tu terkecil hati
mesti kawan tu berduka lara
mesti kawan tu marahkan kita juga
mesti kawan tu tak nak tegur kita dah
mesti kawan tu menangis dalam hati

sumpah tak seronok bila 'ter' marahkan kawan sendiri kan.
rasa diri sangat jahat.

tapi, kenapa aku lihat.
ramai sangat orang yang selalu lukakan hati kawan sendiri. #depanmatakepalaakupulaktu
marahkan kawan atas sebab kecil yang dibesarkan oleh syaitan.
meninggikan suara
menengking sesuka hati
tidak tahukah mereka kawan itu adalah manusia
yang mempunyai hati dan perasaan
sama seperti diri mereka
sanggupkah mereka juga dimarahi, ditengking atas sebab sebesar biji sawi
malah kecil lagi.

ya, tiap kali aku melihat mereka ditengking, di marah...
aku sebak...
aku faham...
aku tahu sakit dalam dada tu.
aku pernah tabah.
tapi sayang sekali.
pagi tadi aku 'ter' kalah dalam permainan syaitan laknatullah.
maaflah kawan...


AKU TERTINGGIKAN SUARAKU  TT_TT

bukan bermaksud ingin memarahi..
mungkin kerana emosi sering diuji..
membuatkan aku hilang kawalan diri..
maaf..

aku takde hadiah nak pujuk kau
but please, take this friendship as a special gift from me.
uhibbukum lillah...

No comments: