Sunday, April 1, 2012

my best friend forever :D


Bismillahirrahmanirrahim.


Hari ni macam-macam jadi sebenarnya.  Dan hari ni banyak perkara yang terjadi menduga kesabaran aku sebenarnya.  Hari ni berita buruk dan berita gembira datang berganti-ganti. Mungkin Dia mahu menyuruh aku mengucap kata syukur untuk ujian dan nikmat yang diberi.  Alhamdulillah ala kulli nikmah. Insan leka macam aku ni patut dihukum untuk disedarkan.  Sampai bila nak duk dalam zon selesa kan.

Dan hari ni jugaklah aku tahu siapa itu kawan sejati.  Kawan sejati memang susah nak jumpa. Aku pun bukannya boleh dikategorikan sebagai kawan sejati lagi setakat ini.  So, untuk mengharap kawan sejati hadir dalam hidup ini tak semudah yang diimpikan.


Balik bilik tadi aku jeling rak buku.  Hajat di hati nak ambik diari.  Tapi aku nampak "buku" hitam. Aku ambil dan aku baca.  Lepas aku baca sikit, aku jadi nak baca banyak.  Lepas satu mukasurat, aku sambung satu mukasurat lagi.  Sampai aku mengantuk.  Aneh betol.  Seronok baca "buku" tu... Nampak sangatkan aku jarang perasan kehadiran "buku" hitam kat rak buku aku tuh.  Rugi.

Sekarang aku nak jadikan "buku" hitam tu my best friend forever. I wont ever let that end . NO, NEVER.


epadzz: : "buku" hitam tu hadiah khatam quran time sekolah dulu.baru lagi "buku" tu.sebab aku jarang baca dia TT__TT


No comments: