Friday, June 29, 2012

Apa Ertinya Saya Menganut Islam


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillahirabbil'alamin. Syukur pada Allah, kerana setiap hari memberi peluang kepada kita untuk bermuhasabah diri supaya kita tidak berpaling dariNya dan sewajarnya kita kembali kepadaNya jika merasa diri semakin hanyut dengan permainan dunia. Jika Allah menjentikkan kesedaran dalam dirimu sahabat, cepat-cepatlah kamu bangun. Janganlah sahabat kau berlengah lagi, bimbang hidayahnya ditarik kembali. Aku sungguh gembira saat kau mengeluh mengadu ada yang tidak kena dengan dirimu dan merasakan dirimu leka selama ini. Hey sahabat, aku percaya, loceng telah berbunyi menandakan inilah waktunya kau mulakan langkah baru menggantikan langkahanmu sebelum ini yang tersasar dari garisan lurusnya.

Aku gembira dan aku bangga denganmu sahabat. Teruskan bermuhasabah. One thing for sure, I will always be there for you whenever you need me to accompany you along the journey. Yiihaaaaaaaa..


Hari ini aku baru berpeluang meluangkan masa membaca surat cinta kiriman sahabat-sahabat yang sangat cintakan sahabat mereka ini. Thanks for the love letter girls. "Apa Ertinya Saya Menganut Islam' buku dalam bentuk PDF karya Fathi Yakan. Buku ni dah lama rupanya ada kat pasaran..hehehe.. Disebabkan aku dah ada printer baru, aku dah print separuh buku tersebut. Kalau print semua nanti takut tak baca pulak. Baca sikit-sikit. At least baca :) . Semoga orang yang bagi printer ni kat aku pun dapat la tempias pahala sebab tolong aku buat kebaikan. Ye dak?? Baru habis satu bab dah mengantuk. Apalah aku ni. =.='

Bagi aku, buku ni best. Mungkin selama ni kita tahu bahawa kita Islam sebab kita lahir dalam keluarga Islam Alhamdulillah, aku sangat bersyukur dengan nikmat Islam ni. Apa itu Islam? Hah, time exam dulu kemain hafal sume terms, dari segi bahasalah, dari segi istilah lah. Hadoiii. Memanglah exam oriented punye otak kan. Sekarang ni kalau suruh sebut balik, confirm tergagap-gagap nak sebut satu-satu. Itulah, ruginya. Salah sistem pendidikan jugak sebenarnya.. hikhikhik ;p

Mari sini nak kupas sikit pasal buku ni. Sikit jelah, sebab tak habis baca lagi ann..

Apa ertinya saya menganut Islam ekk??

1) Saya mestilah muslim di sudut akidah.
2) Saya mestilah muslim di sudut ibadah
3) Saya mestilah muslim di sudut akhlak
4) Saya mestilah muslim di sudut berkeluarga
5) Saya mestilah mampu mengawal diri
6) Saya mestilah yakin bahawa masa depan di tangan  Islam


Haaaaaa...ni baru bahagia pertama. Ada lagi bahagian kedua. Rasanya cukuplah dulu setakat ni. Hari Jumaat hari ni ann. Jom baca surah Al-Kahfi :) ...Jom selawat banyak-banyak. Ohh. Aku dah letak bunyian kat blog aku ni. Sambil-sambil baca entry bagus juga sebut-sebut nama Allah :) . Ok, jumpa laie.




epadzz: : memegang amanah itu tersangatlah berat.

2 comments:

PUCCAnis said...

saya rasa sebak pula...tambah2 dngn bunyi2an ni..:)

yang arif said...

anis mmg pengunjung setia..haha
doakan sahabat saya tu ye anis :)