Saturday, June 16, 2012

EGO


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, selamat tiba di rumah setelah lebih kurang seminggu berada di luar Kelantan. Terpanggil untuk menulis sedikit untuk menegur kelakuan manusia yang semakin menjadi-jadi. Semakin berdiam, semakin menyalak. Ah! Bosan dengan sikap manusia yang sukar menghargai  perasaan orang lain. Jika ditegur, keluarlah madah berjela-jela. Ya, banggalah dengan kebolehan berkata-kata deme.

Aku memang dah berjanji dengan diri sendiri untuk berenggang dengan sifat pemarah. Marah itu neraka dalam diri. Tapi, sabar ku sudah mencapai tahap. Tahap yang aku sendiri tetapkan. Sabar itu tiada had sebenarnya. Manusialah yang menghadkan ia. Aku kan manusia, yang lemah lagi tak sempurna. Orang bagi tahi takkan selamanya nak ambil buat baja?

Sampai mati pun kita takkan mendapat kata sepakat andai dalam diri masih bersisa sifat ego. Masing-masing nak menang sendiri. Biar sejuta kali pun kita duduk semeja bermesyuarat konon, kalau asyik nak mempertahankan alasan masing-masing, sampai bila pun takkan selesai. Eh, aku bosan lah dengan situasi macam ni. Takyah bincanglah selagi semua tak mahu buang ego masing-masing. Atleast, laraskan to the lowest level. Itu pun dah okey sebenarnya. Tahlah. Takkan selamanya aku nak jadi pemerhati yang berhati kering?


Ego itu adalah sifat orang takabbur. Kenapa? Apa kaitan? Hmmm. Study lah sikit, jangan asyik post pasal cinta saja kat fb! pasal politik! pasal artis! oh.. Ok.

Perjalanan balik semalam memanglah memenatkan walaupun bukan aku yang drive. Tenkiu pakcik bas yang sangat bising dan yang hisap rokok sampai aku yang tercekik takleh nafas dan ditemani cerita hantu pulak. Gile. Siyes aku tak tido langsung dalam bas. Sambung tido lah. Sekian.

p/s: maaf terkasar bahasa.


epadzz: : ayah dan ummi. itulah permulaan kami. baik buruk perangai kami, kepada merekalah manusia menghukum. oleh itu, behave!

1 comment:

Hana said...

hana bru blik kelantan smlm :)