Monday, June 18, 2012

Memory


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, masih bernyawa hari ini. Allahuakbar walillahillhamd... Banyak pula masa terluang hari ini. Biasalah, awal semester, kelas pun ada takde macam tu jer. Tapi, syukurlah boleh rehat pada petang harinya. Masuk hari ni dah tiga hari lah aku tak lalu nak makan. Hari Sabtu hari tu just makan nasi, lauk ayam pedas bawa dari rumah. Semalam satu hari tak makan nasi. Pagi tadi jer sempat pergi kafe, try makan nasi dengan kari ayam. Hampa. Tawar semacam je kari tuh, atau mungkin aku memang tak berselera lah agaknya. Nasiblah, susah betul nak adapt dengan makanan luar dari rumah setelah 3 minggu bercuti nih. Cerewet ke? Biarlah.

Baring-baring tadi tiba-tiba pula terimbas kenangan masa belajar kat matrik dulu. Teringat Sir Sir*** a.k.a Ketua Warden Asrama (KWA) masa kat Kolej Mara Kuala Nerang at the moment. Banyak sungguh rasa dosa aku pada beliau. Malu pun ada sekarang ni kalau ingat perangai masa tu. Stubborn. Rude. Childish. Troublemaker for sure. Bukan berniat membuka pekung di dada, cuma tak salah rasanya nak berkongsi cerita. Hehehe.

Pada suatu hari, di hari Jumaat, penghulu segala hari aku and the gang masa tu dalam 5 orang ponteng satu aktiviti wajib untuk semua pelajar perempuan yang dinamakan Bimbingan Puteri. Time pelajar laki pegi solat Jumaat, kitorang pula ada tazkirah yang akan disampaikan oleh JPP biro agama kalau tak silap. First2 masuk matrik selalu juga la aku pegi dengar tazkirah tu, tapi dari minggu ke minggu malas aku semakin menebal nak-nak pula kawan-kawan sama perangai pulak dengan aku. Then, hari tu terkantoi ponteng, kene ambil nama dan terus kena panggil pada sebelah malamnya. Haish cuak juga dan tak puas hati sebab ramai lagi yang diambil nama mereka tak pegi pun. Tah kenapa kitorang malam tu jadi jujur dan menyerah diri.

Malam tu memang masak kitorang kena lecture dengan KWA. Mula-mula aku tabah lagi ah. Pandai buat pandai tanggung, tu prinsip time tu. Langsung aku tak peduli kat KWA time dia duk berleter tu sampai la dia naik angin balik kunci motor atas meja dekat kitorang. Terkejut bukan kepalang lah aku. Tersentak.

" Mentang-mentanglah awak bekas sekolah agama, rasa dah cukup la tu ilmu agama dalam dada! "

Perghh. Menyirap darah naik sampai kepala lepas dia tengking kitorang, especially aku, sebab dia mengajar kelas aku. Maybe sebab tak berkesan, dia terus saiko pakai ayat kat atas tu.. Terus teringat ayah umi kat kampung. Anakmu memang dah melampau. Hahaha.

" Awak ni, (sambil tengok ke arah aku) dalam kelas diam, diamlah kan. Belakang perangai macam setan! "

Astaghfirullahal'azim. Sedih woo kalau teringat dia pernah cakap macam ni kat aku. Bukan besar mana pun aku rasa kesalahan aku masa tu sampaikan dia nak samakan aku dengan setan. Lebih baik aku duk kat bilik dari buat bising kat musalla. Tazkirah pula asyik sebut pasal couple, couple, couple, bosan. Mula dari hari tu, aku terus tak boleh nak tengok muka dia hatta dia mengajar aku sekali pun. Terluka la katakan .Hahaha.

Tak serik lagi, aku ponteng lagi tanda protes aku kat dia sebenarnya. dan tertangkap lagi dipanggil lagi. Masa tu aku dah immune dah dengan segala caci maki dia sebenarnya nasihat tapi dengan kekerasan. Hahaha. Gila keras hati time tuh. Lama kelamaan aku mula rasa bersalah pada KWA. Biadap sangat rasanya. Syukurlah, Allah jentikkan kesedaran. Haha. Melampau takyah cakap la time duk matrik dulu. Maybe sebab ni lah aku tak berapa nak berjaya time kat matrik, sadly impian nak jadi doktor pun hancur berkecai. Tu la, derhaka lagi.

regrets and mistakes are memories made...

Well, everyone has their own memories and for some memories, they remain forever.

" Sepertimana jernih berubah menjadi keruh, keruh juga dapat dijernihkan kembali. Keruh tidak selama-lamanya keruh, bahkan berpotensi untuk menjadi jernih. Pokoknya, yang keruh itu perlu ditinggalkan jika mahukan kejernihan sentiasa di sisi. Buang yang keruh, ambil yang jernih! "

Aku lapar la sebenarnya ni. Ok la. Have to go now. Other matter's waiting. 




epadzz: : orang tegur, mula la nak terasa, kalau kita tak tegur dikatakan kita tak peduli pula. manusia, macam-macam

No comments: