Sunday, July 22, 2012

Ramadhan#1


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillahirabbil'alamin. Mood untuk menulis masih tidak kunjung tiba. Malam ni baru sempat nak jenguk blog. Follower bertambah seorang. Wow! Tiada apa yang nak di wow kan sebenarnya. Wow! Wow! Wow! Your number of followers increases to 109. How awesome you are. =.='  Yeah, that is in three years time...Nak jugak wow!... Sekeh sekali diamlah.


tengok bulan mesti ingat sesuatu.

Takda apa yang ingin dikongsikan pada entri kali ni. Cumanya mahu berpesan kepada diri dan sahabat tentang perbelanjaan di bulan Ramadhan ini. Pertama sekali tentang Bazar Ramadhan yang sememangnya menjadi tumpuan ramai menjelangnya bulan Ramadhan. Ikhlas dari hati, bukan nak lingkupkan perniagaan pak cik- pak cik dan mak cik- mak cik tapi ingin mengingatkan diri supaya memilih makanan yang diyakini tidak dikitar semula.  Fahamkan maksud aku? Pernah berkali-kali diri ini terbeli makanan yang sudah busuk dan basi. Kesudahannya buang juga. Yang aku bimbang keracunan makanan. Itu sahaja. Ini belum masuk lagi bab harga. Toksah kata lah. Alangkah indahnya dunia ini jika peniaga-peniaga berniaga untuk menjaga kemaslahatan orang ramai daripada mengaut untung yang mencekik darah dan tidak munasabah.

Keduanya, sahur. Bersahurlah! Jangan terlalu sayangkan tidur anda. Banyak hikmahnya bersahur. Malah nabi s.a.w pun pernah bersabda yang bermksud:

"Sahurlah kamu kerana pada sahur itu keberkatan"
[HR Bukhari & Muslim]

Dan kalau aku malas nak bangun sahur, aku selalu ingat satu benda yang umi aku selalu ingatkan dulu iaitu satu hadis nabi  s.a.w yang bermaksud:

"Perbezaan di antara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi & Nasrani) itu ialah dengan makan sahur"

Satu kelebihan bangun sahur yang aku boleh kongsikan kat sini ialah kita tidak lagi terlewat untuk mengerjakan solah Subuh. Subhanallah. Dengan syarat lepas sahur jangan pulak tidur balik. Tak susah pun bangun sahur ni. Bangunlah ekk.

Banyak lagi kalau nak bagi aku tulis dalam ni. Tapi aku just ingatkan pasal bazar ramadhan dengan sahur je untuk entri kali ni. Untuk peringatan bersama lagi, jangan miss terawih, banyakkan bacaan al Quran dan istighfar. Seperti mana yang semua maklum,  bulan ini merupakan bulan di mana pahala amalan dilipatgandakan yang tidak ada pada bulan lain. Rugilah kalau tigak rebut peluang ini. Tahun depan belum pasti bertemu Ramadhan lagi. :( 

Wallahu'alam.Sekian.


epadzz: : orang yang drive Hillux memanglah!!

No comments: