Thursday, July 12, 2012

Tazkirah Malam Jumaat



*tazkirah malam Jumaat oleh diri sendiri untuk diri sendiri dan sapa2.


Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillahirabbil'alami, akhirnya hari ni hari Khamis. hehehe. Apa yang istimewanya hari Khamis untuk aku? Esok cuti daaaa... huhuhu. Penat belajar, berkejar seminggu bersamaan 5 hari dan akhirnya dapat 2 hari cuti. Bahagia sungguh! Minggu ni tak balik rumah, sebab nak kumpul kerinduan sampai dua minggu. haha. Ada jugak macam ni.haha Petang tadi lepas pergi meeting, aku sempat kejap asah skill main roller blade. Dah boleh pusing-pusing kira bagus lah tu. hahaha. 


"Hijaab of the clothes should be accompanied by hijaab of the eyes, hijaab of the heart, hijaab of thoughts 
and hijaab of intention." [Dr. Zakir Naik]



Haiiiiii. Susah ni susah. Mata ni memang tak boleh kalau tak pandang sesuatu yang  dilarang. Apa degil betul laa. Semakin handsome seseorang tu, semakin menggedik pula seseorang wanita itu and vice versa . Apa kata kalau niat dia sebenarnya untuk bergurau? Saja buat-buat gedik depan kawan-kawannya saja, hal sebenarnya dia  tak berminat pun dan hanya untuk hiburkan kawan-kawan sekelilingnya. And i would like to say that i'm that kind of person. sometimes i did that! haha. walaaweyh. tak malu pula mengaku kat sini. Betullah! 

Ok. Tak payah peduli tentang aku. Aku memang macam tu. Setianya aku tetap pada satu. Alah, aku tengok dengan pandangan kosong!


Tapi kan, aku memang rasa jijik sangat bila tengok orang lelaki tengah usha orang perempuan. Nak-nak lagi orang perempuan tu pakai baju tak cukup kain macam atas dunia ni ada sistem di mana kain hanya dijual untuk orang yang benar-benar kaya sahaja dan pengeluarannya amat terhad! Mata lelaki tu! Tengok mata dia.. Seriously macam nak terkeluar biji mata. Sumpah aku tak tipu. Sebab aku selalu menyaksikan adegan-adegan seperti ini. Ini Fitrah! No! Jangan salahkan fitrah manusia yang suci dengan hati kotor kau tu!

Sebenarnya aku rasa nak marah. Ya, nak marahkan kedua-dua pihak. Tapi, at the same time i feel like crying. Sebab apa? Sebab aku tak mampu nak marah!


Come on bapa-bapa. Nasihatilah anak-anak perempuanmu. Kalau sayangkan anak, tangan-tangankan, rotan-rotankan. Tolonglah abang-abang. Nasihati adik-adik perempuanmu. Wahai suami yang isterimu chantek gila gaban, didiklah isterimu. Kerana merekalah (saudara perempuan) yang bakal mengheretmu ke neraka!!




Wahai saudari-saudari, bila nak berubah. Dunia sudah tua. Hurrmmm, aku memang takut kalau aku tidur jap lagi besok terus tak bangun. Walhal dosa meliputi diri seperti air meliputi bumi. Ya Allah. Macam na agak-agak dalam kubur. Ada ular ke? Kala jengking? Eh....ni memang rasa nak nanges.


"Sesungguhnya engkau tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi Allah jualah yang memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia jualah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
[Al-Quran], [Surah Qasas] [Ayat 56]


epadzz: : aku bukan ustazah mahupun naqibah bulatan gembira. Aku hanya khalifah Allah di atas muka bumi ini.









2 comments:

ZilZikri said...

takzirah yg menarik, retoriknya pon dah makin menarik. Teruskan usaha berdakwah.

yang arif said...

:)
ia datang jauh dari lubuk
hati.
Semoga diberi kekuatan.