Friday, August 3, 2012

Jumpa Kaunselor


Bismillahirrahmanirrahim


Mari aku bercerita tentang pertemuan aku dengan kaunselor baru -baru ini. Uihhh?? Aku jumpa kaunselor, nampak sangat aku ni pelajar bermasalah..huahuahua. Oh tapi sebelum tu, kaunselor dah pesan..It was between us and the walls. No one else should know the contents of our conversation and discussion. Tapi kat sini bukan nak buka pekung di dada pun. Saja nak berkongsi pengalaman berjumpa kaunselor. Yer, kaunselor yang tak dapat nak korek rahsia aku.. hihihi.. Maaflah, mungkin cara beliau tidak dapat nak drag me in to the discussion.. Bila dengar kawan-kawan lain dengan ikhlas berkongsi rasa, aku dapat merasakan bahawa mereka memang sudah sampai limit kesabaran yang mereka hadkan dalam hidup mereka. Maksud aku, mereka sudah tidak tertahan, dan akhirnya meluah.. Bagus-bagus. At least aku tahu apa masalah mereka walaupun tidak secara mendalam.


Bercerita vs Mendengar

Manusia, ada yang suka bercerita, ada yang suka mendengar. Aku agak kagum dengan kaunselor yang boleh mendengar dengan baik dan juga bercerita dengan efektif. Susah jugak rasanya nak seimbangkan kedua-dua kemahiran ni. Biasanya manusia, bila dia  dah khusyuk bercerita mana sempat dah dia nak dengar orang lain.  Sama halnya dengan yang suka mendengar, kadang-kadang mereka kurang bercerita. Kaunselor bercerita dalam masa yang sama beliau mendengar.  Itu yang aku kagum sangat tu. Sebab aku tak reti sangat nak bercerita sambil memberi pandangan terhadap sesuatu perkara. Haish, perkembangan kognitif aku tidak pesat. Nak-nak lagi perkara yang melibatkan pilihan. Untuk diri sendiri bolehlah. Untuk orang lain, minta maaf sangat lah. Aku tak berani nak mempengaruhi orang dengan kata-kata aku yang tak cukup masak lagi ni..

Oleh itu, aku selesa menjadi pendengar :))
Ada untuk mendengar. Ada untuk berkongsi. Ada untuk dengar orang menangis. Ada untuk bagi pinjam bahu. Ada untuk cakap "sabarlah, sabarlah, ada hikmah."

"No matter who tries to teach you lessons about life, you won't understand it until you go through it on your own."


Ada cara tertentu untuk memberi nasihat dan peringatan kepada orang.  Sesungguhnya aku masih kurang ilmu tersebut.  Ah, aku ase aku kena jumpa kaunselor lagi sekali.


epadzz: : Every single days, He shades us with His mercy..say Alhamdulillah..Thank you Allah :)


No comments: