Friday, August 31, 2012

Mencari Damai


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillahirabbila'lamin. Selamat sampai ke rumah selepas lebih kurang seminggu berada di Kem Etnobotani, Gua Musang, Kelantan. Sekali lagi saya berpeluang menjejakkan kaki ke Gua Musang yang sungguh indah. Hahaha.  Ok, sesuai dengan tajuk entri saya kali ni, mencari damai. Kalo nak rasa tenang aman, pergilah berkawan dengan alam. Cadangan saya. Sungguh berkesan.

Saya pergi ke Gua Musang dengan hati yang berserabut. Hati saya masa tu memang sarat dengan perasaan gundah, malas, tak bersemangat, haru lagi. Dengan assignments yang banyak tak siap, dengan masalah hati yang tak pernah selesai, dengan perjalanan yang mengambil masa berjam2. Saya stress berada di atas bas yang sesak, aircond tak jadi. Sangat tak best sampaikan sume orang saya rasa nak marah. Dengan pensyarah-pensyarah sekali saya nak cari pasal. Wahaha. Tapi, alhamdulillah, sesampai jer kami di Kem Etnobotani, perasaan mula berubah. Hijau memang menyejukkan mata. Bunyi unggas turut sekali mengurut jiwa-jiwa yang kacau. Masalah memang 100% dapat dilupakan. Teringat saat-saat indah mendaki Gunung Stong beberapa bulan yang lepas. Perasaan yang sama.

Mencari Damai

Jadilah manusia yang bahagia. Ertikan bahagia itu dengan betul berlandaskan Al Quran dan Sunnah,  tinggalan nabi Muhammad kepada kita. Barulah berjumpa kita dengan damai yang di cari. Allah tidak menciptakan alam ini sia-sia. Allah juga tidak menguji manusia saja-saja. Memang hidup ini untuk diuji. Ya, semua orang diuji. Ujian yang berbeza-beza.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkaan kepada kamu), tiadalah kamu dapat menghitungnya satu persatu…” – an Nahl : 18


Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke 55 ini, saya menyeru semua readers yang baca entri saya ini untuk membebaskan diri dari kongkongan diri sendiri. Keluarlah dari kotak hidup yang sempit dan bertebaranlah mencari maksud bahagia yang sebenar. Bahagia itu berkait rapat dengan ujian. Ikhlaskan diri dan bersyukurlah menghadapi ujian. Wallahua'lam.

epadzz: : tekadkan langkah. move! 

2 comments:

docHana said...

Alhamdulillah,, Gua Musang tanah tmpt sy dilahirkan,, setiap kali blk GM mmg best,, udara nyaman,, penuh dgn kehijauan pokok2... =)))

yang arif said...

subhanallah alhamdulillah allahuakbar..ore gua muse uponyo demo..hehehe.. :)