Thursday, December 20, 2012

Runtun Qalbu





Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, seperti biasa pada kebanyakan malam, aku diamanahkan oleh ayah untuk teruskan bacaan2 hadis kepada adik-adik dirumah..
Semalam baca tentang kisah para sahabat.
Sebenarnya aktiviti begini sudah wujud dalam rumah aku sejak dari aku kecil,
masa tu tak tahu apa-apa pun lagi.
Ayah baca aku dengar, kadang-kadang tertidur juga,
tak kurang jugak cuit-cuit adik beradik lain nak kasi diorang gelak
sebab kalo diorang bising mesti ayah marah punya.
Sapa yang kuat dapat tahan gelak,
sapa yang lemah kecundang dan kena marah.
30 minit bacaan-bacaan hadis selepas waktu isyak aku rasa macam 4 jam lamanya..
Kuikuikui...

Bila meningkat belia ni,
Allah s.w.t. buka pintu hati aku dan mungkin adik-beradik yang lain
untuk faham apa yang cuba disampaikan oleh ayah.
Well, semua parents nak yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga mereka.
Maka oleh itu, dapat lah sedikit ilmu yang dapat kami amalkan
dalam kehidupan kami..
InsyaAllah, akan kami sampaikan kepada orang ramai :)

RUNTUN QALBU

Said bin Jubair rahmatullahi'alaih

Mungkin sudah ramai yang mengenali nama di atas.
dan mungkin juga tak pernah mendengar nama tersebut.
Sama seperti aku, selepas semalam baru aku kenal nama ulama' tersebut
melalui kisah bagaimana beliau dibunuh oleh seorang Panglima kejam Al Hajjaj ibni Yusuf Al Thaqafi..
Dialog beliau bersama panglima tersebut sebelum dihukum pancung
amat meruntun qalbu aku yang membacanya.
Hati, jiwa dan raga seorang ulama' seperti beliau tidak pernah tergugat oleh perkara yang batil.
Tidak pernah takut kepada gabenor
Tidak pernah gerun terhadap sebilah pedang.
Hanyalah Allah s.w.t di hatinya.

Yellow Flowers, Mecsek Hills, Hungary
cintakan bunga akan layu :)

Bertanya kepada diri,
Sungguh jauuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhh untuk dibandingkan.

Mudah mudahan dipermudahkan oleh Allah untuk terus membaiki kelemahan diri ini...

Aamiin.

epadzz: : Seminggu lebih jer lagi.

No comments: