Wednesday, January 30, 2013

Hati


Bismillahirrahmanirrahim

Pernah tak rasa hati tu sangat keras?
Degil dan tidak mahu mendengar apa-apa yang diperkatakan orang lain?
Pernah tak hati berkeras menegakkan yang salah untuk kepuasan nafsu semata?
Pernah tak diri tidak mempedulikan kebenaran untuk kepentingan sendiri?
Pernah tak menyalahkan takdir kerana kita terpaksa melakukan dosa?
Pernah tak berperang dengan perasaan berdosa tetapi masih gigih menafikannya?
Pernah tak rasa berputus asa dengan kedegilan dan kejahilan yang memakan diri?
Pernah tak menyesal dan merasa bodoh dengan tindakan sendiri?

Pernah tak bertanya kenapa???



Untuk kesemuanya soalan, aku akan menjawab "YA"...


Aku mempunyai hati yang liar sehingga aku sendiri gagal menjaganya

Aku mempunyai hati yang kotor dek kejahilan dan keangkuhan nyata.
Aku mempunya hati yang sakit mendorong diri menyalahkan takdir.
Aku mempunyai hati yang keras tak terkesan oleh sentuhan lembut kebenaran.

Bukan tidak pernah menangis menyesali kebodohan.
Bukan tidak pernah menangis menyesali keangkuhan.
Bukan tidak pernah menangis menyesali perbuatan.

Namun aku tunduk akur padaNya..
Aku hanya manusia...
Manusia yang tidak akan pernah sesekali sempurna.
Terus hidup di dunia untuk terus diuji.
Dan berharap keredhaan Ilahi.
Berharap belas ihsan dari yang Mengasihani lagi Menyayangi..

All i ever wanted is Your love, but i realized i never looked hard enough....

"YA muqallibal qulub tsabbit quluubana fi ta'atik wa'ala diinik"
Aamiin.

-dalam kelas tepi tingkap mood tengah sayu mengenangkan diri ini * sigh..

epadzz: : you see no meaning in your life??? you should try and believe...

No comments: