Monday, January 21, 2013

Pak Cik Cleaner


Bismillahirrahmanirrahim

Petang tadi, sementara menunggu kawan-kawan serumah habis kelas diorang,
aku berehat sekejap dalam kereta.
Buang penat belajar dari pagi sehingga petang Asar.
Sedang leka mendengar radio, aku terperasan sorang pakcik cleaner ni.
Sebenarnya dah kenal pakcik sebelum ni.
Kali pertama jumpa hari pertama daftar semester 5.
Sejak hari tu jumpa, aku selalu je sedeqah senyuman kat pakcik.
Pakcik ni dah tua. Aku kesian.
Kalau time dia menyapu terbongkok-bongkok lagi la aku kesian nak tengok.
Pakcik rajin.
Hari-hari aku nampak pakcik sapu dalam longkang, kaki lima.
Tangan tak pernah lepas pegang penyapu dengan plastik sampah.
Pakcik pakai uniform kerja sekali dengan kopiah putih pakcik.
Kalau tengok muka pakcik ni aku tak boleh tak senyum kat pakcik.
I feel something connects us. Well, as saudara Islam for sure :)

Tapi tadi aku tengok pakcik jalan lambat-lambat.
Letih agaknya.
Dari pagi lagi bekerja sampai pukul 5 petang.

Jujurnya,
bila aku tengok muka pakcik
ia seperti menceritakan keperitan hidup pakcik.
Kedut di muka pakcik menggambarkan kegigihan pakcik..
Senyum kelat pakcik seperti menyembunyikan beban pakcik
Langkah sayu pakcik seolah-olah ingin mengatakan pakcik penat
Seluar lusuh pakcik memberitahuku bahawa pakcik masih punya tanggungjawab
Kasut buruk pakcik menceritakan perjalanan hidup pakcik sehingga hari ini..

Tidak semena-mena air mataku menitis.
Aku tersedar.
Pakcik semakin hilang dari pandangan.
Doaku untuk pakcik semoga diberi kekuatan kesihatan oleh Allah untuk meneruskan hidup pakcik.
Semoga pakcik dimurahkan rezeki dipermudahkan urusan. Aamiin.


p/s: Ya Allah, ampuni kedua ibu bapaku. sayangi mereka sebagaimana mereka menyayangiku sejak aku kecil. Aamiiiin.
Senyumlah kat pakcik/makcik cleaner :)

2 comments:

tokwan muda said...

ameennn...nice entry...

JIJI YU said...

ak nok g cari pokcik tu..aku nok wi dio baco blog mung