Monday, March 25, 2013

Tak Senonoh!


Bismillahirrahmanirrahim

Short the story cut. Eh!

Cut the story short. Wakaka.

Balik dari Muda Osman tadi naik bas sebab ayah nk ke tempat lain. Eh dah lama dah tak naik bas sejak pandai putar-putar stereng kereta. Hihihi. Baru perasan yang aku ni dah lupa daratan. Masakan tidak, dulu aku penumpang setia bas no. 5. Sampai driver pun kenal aku. Hai la aku. Tapi hari ni bukan pakcik tu yang drive :) ..

Nak dijadikan cerita adalah sorang lelaki duduk seat depan aku. Duduk sorang-sorang dia. Mula-mula naik bas tak penuh lagi. Fine. Kiranya orang tak kesah lah dia duk sorang-sorang seat yang sepatotnya dua orang duduk. Aku perhati je lah mamat ni. Makin lama bas makin penuh. Penumpang yang baru naik tu macam tengok-tengok ah seat tepi dia tu. Dia pun buat-buat tidur. Woii ingat aku tak tahu ker. Kedian bila penumpang tu dah ke belakang cari seat lain. Dia pun bangun. Apa daa dia ni. Perangai tak senonoh.

 Pastu ada la sorang pakcik tua ni dengan beg-beg plastik cari seat nak duduk. Yang mamat ni wat bodoh jer. Dia letak kaki dia pulak. Memang tak senonoh nak mam*** perangai dia. Mental agaknya. Hahaha. Pakcik tu tengok-tengok la seat sebelah mamat tu. Ya Allah, rasa nak lempang pon ade. Pastu pakcik tu geram agaknya plus malas nak layan orang yang tak senonoh macam tu. Pakcik tu berdiri jer sebelah dia. Bas pun bergerak. Aku bengang sungguh!

Tak abis lagi. Ada lah sorang penumpang yang datang dari depan tercari2 seat jugak lah. (Seat aku duk tengah2) .. Dia tanya pakcik tu dulu nape tak duduk. Yang lelaki tak senonoh ni dah tido dah. Pakcik pun cakap. Hurmm. Duduklah. Agaknya pakcik tu pun tak ada hati nak duduk sebelah lelaki tak senonoh tuh. Puii. hihi. Pastu penumpang tu pun kejut lelaki tak senonoh tu tadi. Ade orang tak? nak duduk ni. Dengan keterpaksaan yang jelas terserlah..dia pn lambat-lambat jawab. Takde. Pastu bagi penumpang tu duduk. Kahkahkah. Aku gelak sorang-sorang kt belakang. dalam hati lah. Mau dicepuknya aku kalo gelak kuat-kuat.

Moral of the story:

1) Pengangkutan awam tu kegunaannya bersamo. Bukan persendirian. Lagipun bayar tambang bas untuk satu seat. Bukan dua2 seat tu ekau punyo.

2) Mana pergi budi bahasa ekau anak-anak mudo dengan orang yang lebih tuo? Silo check diri masing-masing.

3) Buruk bonar la perangai mcam gitu. Haish. Takdo sapo nak buek menantu.

4) Bertabahlah kalau naik pengangkutan awam. Kejadian macam ni selalu terjadi :) Jangan cepat melatah. Memerli digalakkan. wkwkwkw.

Dah. Sekian.

Mungkin lelaki tu tak selesa kalau ada orang duduk sebelah dia...

=.='

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

kepala hotak kamu. beli bas sendiri la..

epadzz: : Orang lari dari kita, jangankan dikejar. Buek ponat jo. Biar la dio. Kito usoho habis dayo dah pun.

No comments: