Monday, October 21, 2013

Cinta itu fitrah, tapi......

Bismillahirrahmanirrahim

Secara jujurnya, dari hari ke hari, aku semakin meluat dengan perihal-perihal berbaur cinta manusia yang tidak habis-habis dikongsi di alam maya baik di alam nyata. It's not that, aku nak bunuh naluri, atau fitrah yang ada pada diri aku, iaitu 'JATUH CINTA', tapi, setiap kali perkara itu dikongsi, dan bila aku dengar atau baca, aku merasakan manusia lupa ada cinta yang lebih agung dari cinta mereka terhadap manusia. Aku takut sekiranya bila aku terus melayan dan membiarkan diri aku terbiasa dengan luahan manusia mengenai cinta dunia, lambat laun aku terlupa cinta yang agung tiada tolak banding harganya.

Sekali lagi, aku bukan nak tutup hati aku dari menerima cinta dan tidak sama sekali aku ingin membius naluri yang ada menjalar di dalam diri ini. Tetapi, tidakkah melampau, setiap kali buka pesbuk, ada saja luahan cinta baik dari akaun persendirian pengguna pesbuk atau page yang bernaung di sebalik nama yang good-good gituh. Haishh. Naik pelik dan hairan juga aku bila dulu page tersebut banyak berkongsi mengenai akhlak, akidah dan ibadah kini dah jadi macam page cinta. Apa dah jadi dengan administrators pun aku tak tahu. 360 darjah memang terpusing terus.

Cinta itu fitrah. Kalau seratus hari nak cakap pasal cinta pun takkan habis. Sebab tu lah aku rasa semakin banyak pula page cinta wujud kat pesbuk. Kenapa manusia susah sangat nak faham istilah 'BESEDERHANA'. Besederhana ni bukan setakat dalam berbelanja adik-adik. Bukan juga setakat dalam berpakaian, nak happy pun kena besederhana jugak. Semua benda kalau nak selamat, kena besederhana. Sama lah juga. Cintakan manusia pun kena besederhanalah. Cukuplah!

Mungkin aku faham satu perkara. Mereka berkongsi perihal cinta sebab nak ringankan beban perasaan orang yang mengalami masalah cinta. Agaknyalah! Bravo! Semoga Allah merahmati dan memberkati. InsyaAllah. Namun, apa yang aku bimbang ialah LALAI dan terus HANYUT. Aku takut aku pun turut sama. Aku takut tu.

Sekali lagi ingin ditegaskan di sini. Aku pun manusia. Fitrah ingin bercinta dan dicintai tuh subur bercambah di relung hati dari hari ke hari. Ingin berkahwin membina mahligai yang dipenuhi mawaddan dan rahmah dan mempunyai keturunan. Ada. Tetap ada. Cumanya, aku rimas dengan ayat-ayat cinta yang melalaikan. Sebab, aku takut aku turut hanyut dan terlupa Dia. Aku bukan baik sangat tapi terkadang rasa meluat tuh hadir tanpa dipaksa. Maaf kerana entri ini wujud juga tanpa dipaksa. Ia hadir langsung dari hati.

Aasif jiddan.

Semoga Allah memberikan umur yang panjang pada ayah dan umi supaya dapat aku berbakti kpd mereka. Aamiin...

cintakan ibu membawa ke syurga. InsyaAllah.

p/s: Ego merosak hubungan, baik hubungan persahabatan atau kekeluargaan. Kikis sifat ego!

No comments: