Wednesday, July 28, 2010

when soul speaks...



bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah..syukur lah kita kerana masih diberi kesempatan olehNya untuk
bernafas di bumi yang meningkat sudah meningkat usia ini...
syukur lah kita kerana masih lagi diberi nikmat makan,
nikmat tidur,
nikmat bahagia,
dan bersyukurlah kita pada hari ini kerana masih lagi diberi nikmat iman dan islam...

ALHAMDULILLAH YA RAHMAN YA RAHIM YA MALIK YA RAZZAK..
YA ALLAH....

jadilah manusia yg tahu berterima kasih...
yg tahu menghargai..

~RINTIH HATI KU~


jika hidup ku dirundung malang
pantas sahaja lidah menyebut namaMu..
namun..
tika diriku beroleh kesenangan
kenapa lidah ku berat untuk membaca ayat-ayatMu..?

jika hidupku di temani sepi..
senang saja diriku bersujud kepadaMu...memohon agar diberi kebahagiaan
namun,
tika kebahagiaan menjenguk sebentar...
aku lalai dalam keasyikan dunia ciptaan Mu

mestikah aku memohom padamu Ya Allah
supaya Engkau jauhkan diriku dari segala kesenangan
agar ringan saja lidahku membaca ayat-ayat Mu

mestikah aku memohon padaMu Ya Allah
supaya Engkau mencabut segala kebahagiaaku
agar kerap tubuh ini bersujud kepadaMu

datanglah kau malang kepadaku
hadirlah kau sepi kepadaku
kerana..
hanya kerana kewujudan mu lah
aku kenal siapa Penciptaku
aku perlu Penciptaku
aku sujud pada Nya
aku ingat pada Nya
aku berserah pada Nya..

HARUSKAH BEGITU YA RABBUL IZZATI....

"Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman"

~sekian~







2 comments:

norizzati matsuri said...

alhamdulillah...
suke2..ngee~
baeklaa ustazah..hehehe

eyerin said...

i like..
blog epah yg baru mmg mantap.
post2 yg membina