Thursday, November 10, 2011

siapa tahu hati dia


sebulan yang lepas dia nampak tenang.
senyum memanjang.
siapa sangka sebenarnya di dalam dia sedang menangis


2 bulan yang lepas dia nampak bahagia
senyum tak henti
siapa tahu hati dia sedang berperang dengan perasaan yang maha hebat


seminggu lepas dia nampak ceria
senyum sampai telinga
siapa tahu hati dia menanggung pilu


sehari yang lepas dia nampak muram.sugul.senyap.sepi.yang pasti diam.
di wajahnya tiada lagi senyum manis seperti dulu
dalam dadanya sebak membengkak
dia ingin menangis, tapi air matanya tidak sudi keluar.


siapa tahu rasa apa yang dialaminya?


di mana kekuatan yang dia miliki selama ini.
aku tak nampak lagi.
ke mana dia yang dulu nampak ceria tanpa duka
aku mencari tidak bertemu.

kembali lah diri.
senyum lah bibir
tenanglah hati....



p/s: siapa tahu siapa dia kan...dia boleh jadi sape2.

1 comment:

budak penjara said...

dia boleh jadi dia jika dia mahu dia yg sebenar..

siapakah dia tidak penting yg penting adakah dia tau yg dia sebenarnya dia??